Tuesday, November 29, 2011

WAKE UP :(

Posted by atirah mutaza at 9:54 AM 0 comments
Tirah WAKE UP Tirah !!
kaw harus lupakan die walau ape pown .
die tak mungkin akan jadi milik kaw  , klu die muncul kembali pown mungkin hanya akan menyakiti hati kaw .tolong larh tirah jangan jadi perempuan bodoh yang merindui owang yang tak rindu pada kaw . buka larh mata kaw tu sikit . tolong larh lupakan die mulakan hidup yang baru . 

Sunday, November 27, 2011

EHEMM !!

Posted by atirah mutaza at 10:08 AM 0 comments
tadi aq pergi ke menara taming sari . masa aq duduk2 sambil tungu kakak aq n mak cik2 aq naek taming aq duduk dekat kerusi tu . tiba-tiba bila aq tengok arah kiri belah dean , aq ternampak lelaki sebijik rupa macam die . laki tu sebijik macam die . masa tu aq tengok je laki tu lama2 rupa2nya tu bukan die tpi owang laen . tapi muka laki tu sebijik macam die dengan jamnya sama pulak tu . tapi tu bukan owang yang aq sayang .
adakah aq nie terlalu rindukan  die sampai terbayang muka owang laen tu muka die . aq tak tahu ar . dah larh tiba2 time tu rasa sedih pown ade .  EHEMM !!

Tuesday, November 22, 2011

Nasi Lemak !!!

Posted by atirah mutaza at 2:48 PM 0 comments
This entry special for 
budak yang nama die 
Muhammad Iqbal .
hehehe 

awak nah dari hari tu tak habis-habis nak nasi lemak 
nie owang buat khas untuk awak Nasi Lemak .


hahahaha . 
lepas nie jangan mintak-mintak owang nasi lemak ag dah taw .
hehehehe

Dugaan Demi Dugaan

Posted by atirah mutaza at 2:04 PM 0 comments
Dugaan demi dugaan terpaksa aku harungi bagi setiap sem .
tapi paling banyak dugaan yang aku terpaksa tempuh masa aku sem 3 . 
macam2 masalah time sem 3 . hanya Allah saja yang tahu betapa seksanya aku time tu .
lepas satu, satu masalah yang datang , sampai masa nak final pown de masalah . 
betapa teruknya dugaan time tu . tapi Alhamdullilah setiap dugaan yang berlaku masa tu aku dapat harunginya walaupun betapa susahnya aku untuk menyelesaikannya .


aku cuma berharap sem yang akan datang nie , aku tak de masalah atau kurang masalah cuma yang ade pown hanya masalah2 kecik sahaja . aku cuma berharap je , tapi jika ia berlaku insyaallah aku mungkin akn harunginya dengan lebih tabah lagi . 


* setiap dugaan yang datang pasti ade hikmahnya .

Luahan Hati :'(

Posted by atirah mutaza at 1:22 PM 0 comments

kenapa kaw buat aku macam nie , bile kaw ade masalah je kaw cari aq .
masa tu aku cuba untuk melupakan kaw sampai aku buang nombor telefon kaw tapi kaw hadir n muncul balik dalam hidup aku .kaw buat aku jatuh cinta balik dengan kaw , kaw take care n caring terhadap aku .
kaw panggil aku sayang . sedangkan bende tu kaw membuatkan aku lagi sakit tahu tak . dalam masa yang sama kaw cakap kat aku yang kaw dah tak de ape-ape dah dengan awek kaw . ko kata kaw dah BREAK UP . time tu jujur aku katakan yang aku gembira dengar pe yang kaw  kata kan itu , tapi aku tak percaya coz sebelum nie kaw pernah berkatakan sebegitu jugak . tapi tengok-tengok kaw still lagi dengan that girl . 
kaw buat aku gembira balik bila kaw berhubung balik dengan aku tapi lepas tu bila kaw dah berbaik dengan awek kaw , kaw tinggalkan aku macam tu je . macam aku nie tak de perasaan aje . kaw tinggalkan aku dalam keadaan kaw terus senyap n bila aku message kaw , kaw kata biarkan kaw sendirian . 
aku bagi kaw sendirian , dalam masa yang sama masa tu macam - macam aku fikir kenapa kaw macam tu . tapi aku boleh agak nie mesti pasal awek kaw . then kenyataannya pe yang agak tu betul tu semua pasal awek kaw . sekali lagi kaw kecewakan aku . kaw hancurkan hati aku . aku sedih sangat time tu sampai aku tak tahan untuk  menitiskan airmata kerana terlalu kecewa sangat . time tu aku DOWN sangat-sangat . sampai aku rasa time tu yang semua laki kat dunia nie semua tak guna yang hanya tahu menyakit kan hati pompuan je . sampai macam tu sekali tahu tak . and untuk pengetahuan kaw setiap detik or saat pown aku tak pernah dapat lupakan kaw , aku pown tak tahu kenapa sampai macam tu . aku selalu tengok facebook kaw dengan awek kaw . aku sedih biler tengok picture kaw dengan awek kaw . hati aku hancur tahu tak :'(

Perit bila merindui owang yg tak rindukan kita :'(

Posted by atirah mutaza at 12:28 PM 0 comments
perit hati bila merindui orang yang sudah tidak merindui dan menyayangi kite seperti dulu lagi. seolah olah dye xpernah ade perasaan kat kite dulu. seolah olah kite tak pernah ada kenangan bersame same. seolah olah semua yg kite lalui dengan dye dulu tak bermakna langsung di hati dye. seolah olah tak pernah ade kite.

Thursday, November 17, 2011

Biar aku setia menjaga cinta mu

Posted by atirah mutaza at 7:07 AM 0 comments
setiap detik dan setiap saat  
aku tak pernah melupakan dirimu
aku pon tak tahu kenapa hati ini sangat susah sangat untuk melupakan dirimu
walau pown kau pernah menyakiti hati ku aku tetap menyayangi dirimu
walau pown aku dah ade pengganti tetapi tu semua tak dapat membuat kan diriku ini melupakan dirimu
walaupun aku cuba untuk lupakan kaw , tapi semakin kuat aku teringat pada kaw
aku terlalu menyayangi dirimu 
aku cuma nak kaw kurang kan hisap rokok , jagalah kesihatan kaw .
rokok tu merbahaya untuk kesihatan .
aku tak nak tengok kaw sakit 
aku ingin melihat dirimu gembira dan bahagia 
walau pun jiwa dan diriku ini sedih dan menderita 
walaupe pown perkenalan kita tak lama tapi aku akan sentiasa akan ingat yang kaw pernah hadir dalam hidup aku dan jua pernah ada n wujud dalam hati ku .

Sunday, November 13, 2011

Sakitt !!!

Posted by atirah mutaza at 11:19 AM 0 comments

sakitt !!! sakit sangat2 hati nie .

Cukuplah Hanya Sekali

Posted by atirah mutaza at 12:31 AM 0 comments
Cukup larh sekali diri ini dikecewakan .
aku dah tak sanggup lg dah untuk dikecewakan lagi sekali .
aku tak nak dianggap sebagai perampas n pegacau dlam perhubungan owang laen .
tolong larh jgan mempermainkan hati dengan perasaan owang , 
jika kaw tak jujur or ikhlas please larh jgn dekati diriku .
jangan menyentuh atau mengetuk hati ku ini .


Tuesday, November 1, 2011

Lelaki Idamanku : Dari hati seorang wanita. .

Posted by atirah mutaza at 8:03 AM 0 comments
cinta 2 300x199 Lelaki idamanku : Dari hati seorang wanita…
Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi SifatRasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya
Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya  Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

Dari bancian penduduk Malaysia 2009 golongan wanita melebihi lelaki dengan nisbah 5:1. Jadi banyaknya wanita dari lelaki di negara ini. Peratus wanita yang belum berkahwin juga meningkat kerana sibuk mengejar kerjaya sehingga terlupa memikirkan untuk mendirikan rumahtangga.
3222531065 570d1c07e41 300x225 Lelaki idamanku : Dari hati seorang wanita…
Dari segi ekonomi banyak wanita menyertai perniagaan berbanding lelaki. Di pusat pengajian tinggi pun ramai penuntut wanita berbanding lelaki. Jika kita ambil contoh di sekolah berbanding guru lelaki dan wanita, yang banyaknya guru wanita. Di sekolah tempat isteriku mengajar, banyak andartu yang masih belum berkahwin. Mungkin tiada jodoh lagi ke? atau terlalu memilih calon suami kerana ingin mendapat lelaki pilihan. Takut-takut umur mencecah 50 tahun baru nak bertemu jodoh.

Mungkin lelaki akan pupus atau kurang jumlah jika di hospital bersalin di seluruh Malaysia, banyak bayi perempuan dilahirkan berbanding bayi lelaki. Di akhir zaman nanti golongan wanita melebihi lelaki. Walaupun jumlah wanita melebihi jumlah lelaki, golongan wanita bukan jenis tangkap muat dalam memilih lelaki sebagai teman hidup. Ada kalanya ibubapa pening kepala dengan anak-anaknya dalam soal memilih jodoh. Terlalu memilih. Ada saja yang tak berkenan dihati.

Lelaki yang sempurna terlalu kurang, Jika penampilannya kacak sangat pun risau juga golongan wanita nak buat suami. Takut-takut dapat suami “Romeo”. Makan tak habis, merana diri dengan lelaki begini. Tapi carilah lelaki yang sederhana kacaknya dan bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga, pada anak-anak dan yang penting sekali cari yang lelaki beriman dengan Allah SWT. Ciri-ciri lelaki idaman anda adakah yang begini mengikut pilihan anda! Semuga anda bertemu dengan lelaki pihan anda.

Inilah sebahagiaan sifat lelaki yang didambakan oleh seorang wanita…. Mungkin untuk menjadi seorang lelaki seperti yang diimpikan adalah kita tidak mampu melakukan. Kerana telah fitrah manusia tiada yang sempurna kejadiaan walaupun kita sebagai manusia adalah yang sebaiknya ciptaan. Namun tidak salah rasanya kita cuba menjadi 50 peratus atau lebihseorang lelaki yang mempunya ciri2 lelaki impian..
al quran yang mulia 1 300x199 Lelaki idamanku : Dari hati seorang wanita…


Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…


Apabila Lelaki Meminati Wanita

Posted by atirah mutaza at 8:02 AM 0 comments

Pernahkah anda merasai perasaan ini, anda meminati seseorang dalam diam. Hati anda ingin mendekatinya namun malu. Asal dapat memandang dari jauh sudah memadai. Tentu ada di kalangan kita pernah merasai perasaan ini tetapi bagaimana pula pihak satu lagi, adakah dia juga meminati anda? Cuba lihat artikel di bawah.
1. Memerhati Dalam Diam
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.
2. Mula Menegur
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali. Bagi anda yang diminati, anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.
3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.
4. Mengajak Keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.
5. Sering Menelefon
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.
6. Memilih Untuk Berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia jugalah menerimanya.


 

LUKA LARA HATIKU Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei