Friday, October 7, 2011

MARAH TANDA SAYANG, BENCI TANDA RINDU

Posted by atirah mutaza at 9:48 AM
Seringkali kita tersalah mentafsir apa yang ada dalam hati mereka bila mereka sedang memarahi atau lebih tepat saya katakan menegur kita. Seringkali kita menjauhkan diri apabila dimarah kerana berkecil hati apabila ditegur.

Saya suka dengan quote ini, kerana seringkali kita berfikiran negatif bila kita dimarahi dan terus membuat konklusi tanpa kita selidiki. Cuba sekali, selepas dimarah mahupun diherdik kita duduk sejenak dan berfikir mengapa kita dimarahi?

Sentiasa positif, kenapa kita dimarahi. Seteruk mana diherdik ayah, sesakit mana dileteri ibu, sebenci mana ditegur rakan, setakut mana ditengking guru. Ingat mereka sentiasa ada alasan tersendiri untuk memarahi dan menegur. Seseorang tidak akan menegur tanpa sebab yang kukuh. Mungkin kerana sikap kita yang negatif membuatkan mereka bertafsiran seperti itu. Marah tanda mereka benar-benar ingin kita berubah dan benar-benar mengambil berat terhadap kita.

Jangan sesekali anda membenci, kerana sejauh mana anda membenci pasti dia selalu bermain difikiran anda bukan? Setiap kali membenci, setiap kali itu anda memikirkan mereka. Hampir seluruh waktu anda habiskan untuk mengingat mereka.

Jangan cepat kita rapuh, jangan cepat membuat rumusan. Sebaliknya berfikirlah mengapa mereka marah dan menegur. Sudah pasti ada kesalahan yang kita lakukan dan perlu kita perbaiki supaya tidak di pandang serong oleh yang lain. Bencilah jika kita rasa itu terbaik kerana setiap kali kita membenci mereka akan tetap kita fikirkan.

p/s: Namun ingat, jangan sekali biarkan ego mengatasi diri.

0 comments:



 

LUKA LARA HATIKU Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei