Saturday, May 28, 2011

Tips Nak Pakai Braces

Posted by atirah mutaza at 11:56 AM
Salam

Hari ni aku nak share pengalaman aku dengan korang tentang liku-liku kehidupan seorang IRON GIRL ;) Aku nak cite pengalaman. Pengalaman tak boleh dijual beli kaw tau tak. Pengalaman pon tak boleh diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Eceh asal macam pernah dengar je ayat tu. Tampar nak? Ah sembang lebat tak guna, jom baca pengalaman aku yang precious ni. (geli? aku pon!)

ini lah picture masa first time aq pakai braces
Nurul Atirah! Sudah memakai braces selama 1 tahun namun gembira & berhati girang. Pakai braces sebab ada kuning pada gigi dan jongang.

SAKIT TAK PAKAI BRACES
Kalau aku kata tak sakit. penipu. nampak sangat aku nak promote orang pakai braces haha! Sakit oi. Tapi mula-mula je la. Sakit dia tolerable. Kalau korang pakai braces, ada 4 jenis kesakitan yang korang bakal alami.

1. SAKIT BILA PAKAI SEPARATOR - separator ni adalah penjarak gigi. orthodontic akan letak separator kat in between gigi geraham korang yang kuat tu supaya gigi korang jarak-jarak sikit. Separator ni dipakai before orthodontic fix braces kat gigi korang. Kiranya rasa sakit tu sekali je. Tahap kesakitan adalah melampau sampai tak boleh nak makan apa-apa. Lama kesakitan : 3-5 hari

2. SAKIT SEBAB ADA ULCER - ulcer ataupon nama kampongnye mate ikan akan mula menumbuhi mucous membrane, justin bibir & lidah. Aku pernah cipta rekod 7 ulcer dalam satu masa. Tahap kesakitan adalah tahap tahap ayam jer kalau nak dibandingkan dengan kesakitan yang dialami ketika memakai separator. Kenapa boleh ada ulcer? Good question ladies & gentlemen. Sebab braces tu adalah besi yang dianggap foreign matter oleh cik mulut. Lagi satu, cik mulut menghadapi masalah adaptation yang menyebabkan brackett braces berlanggar-langgar dengan anatomy cik mulut anda. Lama kesakitan : 1minggu atau lebih bergantung kepada kehebatan cik mulut mengadaptasi

3. SAKIT SETIAP KALI FOLLOW UP SEBAB WIRE TERLALU KETAT - kesakitan ini akan datang menghampiri anda setiap kali anda balik dari follow up (sebulan sekali). Orthodontic akan ketatkan wire supaya gigi anda rapat. Tahap kesakitan bergantung kepada berapa ketat orthodontic tu bikin. Rasa sakit dia macam gigi nak luruh. Lama kesakitan : 1-2 hari.

4. SAKIT SEBAB CABUT GIGI - haa yang ni ramai orang cuak. cabut gigi memangla sakitkan sebab gigi tu sihat, utuh & cekal. Tapi apalah sangat cabut gigi sebatang dua untuk kecantikan yang abadi betol? Bagi aku semua ni bergantung kat kecekalan semangat kita. Kalau ko pikir sakit-sakit dah tentu arah la sakit. Cuba la sekali sekala korang pikir, alangkah indahnya cabut gigi, akan kucuba jadikannya satu hobi di waktu senggang. Kan? Aku dulu kena cabut 2 gigi. Geraham ok. Sebelum cabut gigi, kena 4 injection anestesia. Nasihat aku, 30 minit sebelum cabut gigi, telan pain killer & jangan tengok jarum. Yang penting, tabah bAbe!

MAHAL TAK BUAT BRACE
Buat bende nie makan belanja yang banyak jugakla,dalam RM 4k itu pown belum masuk dengan cabut semua lagi. Follow up pulak every month. RM150 setiap kali pergi. Tapi dia depends jugak orthodontic nak ganti apa, wire/brackett/band etc. Sekarang follow up aku every month. Memang terasa mengalir a duit tu. Kalau nak murah buat kat government. Waiting list 2-3 tahun. Tapi dorang focus more on budak sekolah.

SUSAH TAK NAK JAGA BILA PAKAI BRACES NIE?
Tak susah. Yang penting follow up jangan miss ok. Follow up tu penting untuk determine progression gigi. Anyway, sebab pakai braces, jadi aku pakai 2 jenis tooth brush. 1 yang khas untuk braces (boleh cari kat guardian/watson) & 1 lagi interdental. Sebab pakai braces, makanan senang terlekat kat brackett, so it is advisable untuk beli interdental toothbrush supaya senang nak remove plaque. Aku kalau gosok gigi lama kot. 10 minit jugaklah. Lepas tu terus rasa penat, malas nak mandi LMAO. Oh ya, aku pergi mana-mana mesti bawak mineral water n interdental. You dont want that broccoli to stuck on your brackett dont you?

SEGAN TAK PAKAI BRACES?
Bangga. Asal nak segan? Sekarang nie kan dah ramai owang pakai,dah macam trend dah lagi ut. Eh jap jap pernah jugak segan masa cabut gigi tu kan. Gigi gongak wakakaka. Sebelum buat presentation siap buat disclaimer kat rakan sekelas, bagitau yang gigi aku gongak, kalau nak gelakkan silalah -__-. Tapi bila gigi dah mula teratur, thats the sweetest thing ever baby. Memang la aku nak senyum sampai telinga. The thing is, bila korang pakai braces, orang akan pandang korang like korang ni alien. Korang kena cekal & build up your confidence level. Dorang pandang tu bukan sebab korang nampak bodoh atau buruk. Tapi its just that, braces tu jarang orang pakai & people tend to stare & menghayati keunikan braces itself LOL ! 

- - - - - - - - - - - - - - - -

Ini saja pengalaman yang aku boleh share for the time being. Hari jumaat baru nie aq baru je follow up. Aq tukar colour grey. First2 nak colour dark green or red but colour tu tak de jadi aq pilih je la colour grey. But bile tegok balik cantik jugak.Biase lah tngok la sapa pakai. hehehe

Harap dapat membantu korang sedikit sebanyak ;) Sorry kalao terover. Anyway, bagi aku pakai braces takdelah teruk mana pon. Takdelah sakit sangat. Sakit kejap je lepas tu okdah. Macam sekarang ni, memang aku dah tak rasa sakit langsung. Coz dah biase pakai. Mungkin 6 bulan yang pertama je kot rasa uncomfortable lepas tu korang rasa selesa sampai rasa sayang nak bukak! So pada sapa yang nak berbraces tu, sila teruskan niat anda! Akhir kata, yang baik datang dari Allah & yang buruk itu datang dari saya sendri. Take care!



6 comments:

azy on July 17, 2011 at 7:16 AM said...

salam..awak,saya baru pakai braces siang td..tp,td try nak gosok gigi..sakit sgt..nak tny,mcm mane awak gosok gigi dlm tempoh seminggu prtama tu ye?pliz help me..

atirah mutaza on September 5, 2011 at 11:09 AM said...

wsalam. .sy just gsok je. .tpi jgn la terlalu kuat. .awk kne slow2 la awl pemakaian nie. .k dear
sowy reply lmbat. .

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Pinckacholic on November 10, 2011 at 1:09 AM said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown on September 3, 2015 at 5:57 AM said...

Mcm ayat dlm blog dr fatin liyana



 

LUKA LARA HATIKU Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei