"Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya  dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap  keras selama ini,tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila  sudah jatuh cinta dengan relanya.Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup  berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia  akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis  amatlah payah".
Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat  ialah:
1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela  bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi  orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi  kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan  cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa  berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan  kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak  menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian  kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya  melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh  kekasihnya.
12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya  terlalu lama.
13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya  sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia  merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan  penting dengannya .
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun  terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan  tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap  kekasihnya kembali kepadanya .
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup  berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yang paling dipercayainya  dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia  berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai  kekasihnya.
 23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata  hanya untuk seorang perempuan .
Tidak semestinya tepat, namun banyak yang tepat mengenainya…cbe  perhatikan kekasih anda dengan teliti...kite cbe buat kajian sendiri sejauhmana  kebenarannya...=)








0 comments:
Post a Comment