Friday, October 7, 2011

MENEROPONG 35 NALURI LELAKI

Posted by atirah mutaza at 10:22 AM
1. Ada kalanya lelaki lebih gemar mengamalkan sikap berdiam diri. Jadi, jangan ambil hati bila kata-kata dan perbuatan anda tidak dihiraukan.

2. Lelaki memang suka memandang wanita lain meskipun anda ada di sisi, tapi itu bukan bermakna mereka merancang untuk curang.

3. Jangan mencela pakaian kegemaran mereka kerana ia lambang personaliti sukar diubah.

4. Lelaki tidak suka keluar membeli sambil bersiar-siar. Jika inginkan sesuatu mereka akan terus membelinya.

5. Mudah berasa puas hati dan bangga dengan pencapaian kaum mereka.

6. Lelaki tidak suka wanita menangis di hadapan mereka kerana tangisan itu umpama sebuah ugutan.

7. Jangan sesekali merungut mengenai tiada lagi lelaki yang baik di dunia ini ketika anda dikelilingi lelaki.

8. Lelaki tidak akan percaya jika anda katakan wang tidak penting buat anda.

9. Kata cinta yang diucapkan bukan bermakna semua hutang anda akan dilunaskan.

10. Bertenang dan mereka akan faham apa yang anda kata dan ingini.

11. Mereka suka melihat anda gembira, tapi tidak tahu cara untuk menggembirakan hati anda.

12. Ceritakanlah masalah anda kepada mereka jika mahu menyelesaikannya. Tapi jangan harap mereka akan bersimpati seperti yang sahabat wanita anda lakukan.

13. Lelaki suka bersikap spontan, jadi tolonglah mereka untuk melakukan sesuatu dengan perancangan yang lebih teliti.

14. Ingatlah! Cara terbaik untuk menambat hati lelaki adalah melalui perutnya.

15. Jangan cabar mereka untuk bertumbuk dengan lelaki lain untuk diri anda. Kerana mereka benar-benar akan melakukannya.

16. Fahamilah bahawa lelaki bersikap single-minded dan hanya boleh melakukan satu perkara sahaja pada suatu masa.

Test Kekuatan <--Anda Rasa Anda Kuat? Klik Untuk Lihat Kekuatan Anda
Reka Sukan <--Cipta Sukan Je. Dapat Free RM50,000
17. Wanita sering mendambakan kejutan daripada pasangan mereka. Tapi tahukah anda lelaki juga mengimpikan perkara yang sama.

18. Jangan sesekali bertaruh tentang lelaki, kerana lambat-laun dia pasti akan mengetahuinya.

19. Elak bercerita tentang kekacakan atau kebaikan bekas teman lelaki kepada pasangan kerana itu akan membosankan mereka.

20. Lelaki suka berterus terang. Mereka akan berkata mengenai sesuatu secara terang-terangan berbanding wanita yang suka memendam rasa.

21. Bukan hanya berterus terang, lelaki juga menyampaikan apa yang ingin diluahkan secara langsung berbeza perempuan yang lebih gemar berkias tentang sesuatu.

22. Lelaki tidak akan menerima pertolongan sewenang-sewenangnya daripada pasangan hanya kerana ingin menjaga maruah diri.

23. Jika mereka memperkatan tentang perkara yang mengandungi dua makna dan salah satu daripadanya membuatkan anda sedih atau marah. Percayalah mereka sebenarnya tidak bermaksud untuk melukakan hati anda.

24. Pilih salah satu, buat kerja ikut cara sendiri atau ajar dirinya untuk ikut kemahuan anda. Jangan kedua-duanya.

25. Lelaki memang khusyuk bila menonton televisyen, jadi jika anda ingin berkata sesuatu pada mereka, katakan pada waktu iklan. Hanya pada masa itu sahaja mereka akan mendengar percakapan anda.

26. Paling tidak disukai lelaki ialah mendengar dan menerima arahan. Biar sepenting mana pun anda, mereka tetap tidak menyukainya.

27. Jangan menyembunyikan apa-apa daripada pasangan anda, jika tidak mereka akan berlagak bodoh bila berlaku sesuatu.

28. Usah jadikan pasangan umpama dadu yang boleh dilambung sesuka hati anda kerana mereka pantang dibuat sedemikian.

29. Jangan sesekali berkata anda ingin berpisah dengan teman lelaki dan mentertawakannya apabila dia percaya dengan kata-kata anda. Merka tidak menyukainya kerana itu bukanlah bahan lawak.

30. Saiz bukan ukuran dalam bercinta kecuali bagi lelaki yang tidak menghargai hubungan.

31. Jangan pertikai bila kekasih memuji kecantikan anda. Sebab kalau anda tak cantik masakan mereka mahukan anda.

32. Jika anda tidak bersedia untuk berbicara tentang sukan, ketenteraan dan politik, lebih baik jangan bertanya tentang apa yang ada dalam fikiran pasangan anda.

33. Lelaki suka jika pasangan dapat menyuarakan perasaan atau pemikirannya dengan jelas tanpa perlu ayat berbunga-bunga kerana mereka tidak memahaminya.

34. Tidak semua lelaki mampu mengingati tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir dan sebagainya. Kiranya mahu ia diingati, tandakan di kalendar.

35. Mudah lupa. Apa yang dikatakan oleh lelaki hanya akan mereka ingati dalam tempoh tujuh hari sahaja. Lebih dari masa itu? Lupakan sahaja.

0 comments:



 

LUKA LARA HATIKU Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei