Friday, October 7, 2011

MEMAAFKAN DAN MELUPAKAN

Posted by atirah mutaza at 10:19 AM
♥ Memaafkan dengan Ikhlas

Kebanyakan individu memaafkan musuh mereka kerana tidak mahu menyimpan dendam dan membiarkan denam memusnahkan diri mereka. Namun, dalam masa yang sama hati mereka tidak ikhlas untuk memaafkan. Akibatnya, mereka masih sering mengingati peristiwa lalu dan sukar melupakan segala kejadian yang berlaku. Justeru, apabila anda mengambil keputusan untuk saling bermaaf-maafan berusaha untuk melakukannya dengan seikhlas mungkin.

♥ Maaf bukan Mainan

Perkataan maaf itu cukup mahal harganya, Ia bukan suatu kata yang boleh dilafazkan dengan sesuka hati atau sekadar menyedapkan hati orang yang mendengarnya. Sekali mengucapkan kata maaf maknanya anda telah bersedia untk melupakan segala kepahitan yangb erlaku serta membuka lembaran baru dalam kehidupan. Dengan cara itu, hati akan menjadi lebih tenagn dan bersedia untk benar-benar memaafkan dan melupakan apa yang terjadi.

0 comments:



 

LUKA LARA HATIKU Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei