Friday, October 7, 2011

LELAKI VS WANITA : EGO SIAPA LAGI TINGGI ??

Posted by atirah mutaza at 10:06 AM 0 comments
Ego memberi makna : persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya.

Keegoan pula bermaksud : perihal mementingkan diri sendiri

So ego perlu ke ada pada lelaki sahaja sedangkan keegoan itu bermaksud mementingkan diri sendiri. Sebagai wanita Qila rasa kita juga memerlukan ego untuk protect diri kita. Tak salah mementingkan diri sendiri betul tak? Tapi lihat pada tempat dan keadaan jugak la. Sesetengah orang mungkin berkata :

" Lelaki perlu untuk ego untuk maruah diri sendiri. Perempuan kalau ego dia tunjuk belang, besar kepala"
Habis tu wanita tidak punya harga diri kah? Sebenarnya salah persepsi orang mengenai perempuan yang ego. Mungkin tidak ramai wanita yang tinggi egonya. Malah tak salah kalau Qila kata setiap insan memang ada ego. Cuma tahap keegoannya tinggi atau rendah sahaja. Qila mengakui Qila memang ego dan keras kepala. Yelah,kalau benda tu kita tak buat tak kan kita nak admit kita buat betul tak?

Tak besar mana pon ego wanita ni cuma apabila seorang wanita tu ego mungkin orang akan kata " Kau ni ego tinggi kalah jantan" padahal benda yang kita ego tu untuk protect diri sendiri. Apa yang di maksudkan protect diri sendiri? Apabila orang bertanya kan nombor telefon sebagai contoh. Tak semua orang kita perlu bagi no telefon betul tak? So tak salah kan ada ego di situ? Ego ni luas. Dalam semua keadaan kita boleh ego.

Ambil contoh lain. Dalam percintaan. Kita sayang kan orang tu tapi kita tidak tunjuk, kita tak cakap pada dia bahawa kita sayang kan dia sangat. Tetapi adakah dalam percintaan kita perlu kata pada dia hari-hari " Sayang, I love you" atau "I sayangkan you sangat". Pada mulut cakap tapi tidak pada perbuatan. Ego juga tu betul tak? Better tak payah cakap tapi bukti kan pada dia yang kita sayangkan dirinya seikhlas hati.

So sekarang pada pendapat korang. Wajarkah wanita ni ego atau better lelaki sahaja yang ego? Fikir-fikir lah yea, SELAMAT BERAMAL =)

MARAH TANDA SAYANG, BENCI TANDA RINDU

Posted by atirah mutaza at 9:48 AM 0 comments
Seringkali kita tersalah mentafsir apa yang ada dalam hati mereka bila mereka sedang memarahi atau lebih tepat saya katakan menegur kita. Seringkali kita menjauhkan diri apabila dimarah kerana berkecil hati apabila ditegur.

Saya suka dengan quote ini, kerana seringkali kita berfikiran negatif bila kita dimarahi dan terus membuat konklusi tanpa kita selidiki. Cuba sekali, selepas dimarah mahupun diherdik kita duduk sejenak dan berfikir mengapa kita dimarahi?

Sentiasa positif, kenapa kita dimarahi. Seteruk mana diherdik ayah, sesakit mana dileteri ibu, sebenci mana ditegur rakan, setakut mana ditengking guru. Ingat mereka sentiasa ada alasan tersendiri untuk memarahi dan menegur. Seseorang tidak akan menegur tanpa sebab yang kukuh. Mungkin kerana sikap kita yang negatif membuatkan mereka bertafsiran seperti itu. Marah tanda mereka benar-benar ingin kita berubah dan benar-benar mengambil berat terhadap kita.

Jangan sesekali anda membenci, kerana sejauh mana anda membenci pasti dia selalu bermain difikiran anda bukan? Setiap kali membenci, setiap kali itu anda memikirkan mereka. Hampir seluruh waktu anda habiskan untuk mengingat mereka.

Jangan cepat kita rapuh, jangan cepat membuat rumusan. Sebaliknya berfikirlah mengapa mereka marah dan menegur. Sudah pasti ada kesalahan yang kita lakukan dan perlu kita perbaiki supaya tidak di pandang serong oleh yang lain. Bencilah jika kita rasa itu terbaik kerana setiap kali kita membenci mereka akan tetap kita fikirkan.

p/s: Namun ingat, jangan sekali biarkan ego mengatasi diri.

Thursday, October 6, 2011

Kenapa Kita Jauh ?? Saya Rindu Awak.

Posted by atirah mutaza at 6:35 AM 0 comments
♥ PERCAYA PADA PASANGAN

Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.

Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.

♥ SETIA WALAUPUN JAUH

Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.

Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.

Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?

♥ BERJUMPA WALAUPUN SEKETIKA

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.

Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.

Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.

Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.

♥ BERTANYA KHABAR

Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.

Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

♥ MENYAMBUT ULANG TAHUN BERSAMA

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.

Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.

Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

♥ JANGAN JADIKAN JARAK JAUH SEBAGAI PEMUSNAH

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.

Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.

Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.

Cinta itu KOMITMEN.

Posted by atirah mutaza at 6:32 AM 0 comments
Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.

Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah

2. Cinta itu intuitive: NALURI.

Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, "cinta itu di hati". Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.

Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH

Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

4. Cinta sering terletak di puncak: TOP

Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.

5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.

Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.

Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Kata Abang Ed, bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya.....

BREAK !!APA NAK BUAT??

Posted by atirah mutaza at 6:31 AM 0 comments
1. Banyakkan berdoa dan bersabar - Memang ayat ini merupakan ayat yang biasa anda dengar. Kalau anda menceritakan masalah anda kepada rakan anda mengenai hal ini, mereka pun akan berkata sedemikian. Anda perlulah bersabar. Mungkin si dia bukan jodoh anda. Mungkin ada seseorang yang lebih baik dan lebih sesuai untuk menjadi teman hidup anda. Anda hanya perlu bersabar dan nantikannya.

2. Makan coklat - Mengikut kajian dan beberapa artikel yang pernah saya baca, coklat dapat menenangkan seseorang. Jadi untuk menenangkan diri anda, anda makanlah coklat. Kalau tidak pun, anda makanlah aiskrim. Aiskrim juga dapat menenangkan diri anda yang sedang bercelaru itu. Tetapi bagi mereka yang takut akan gemuk kerana makan coklat atau aiskrim ini, anda boleh ikut tips yang seterusnya. Tapi kenapa anda takut gemuk ye? :p

3. Luahkan kepada kawan rapat - Saya percaya setiap orang mempunyai rakan karib. Rakan karib yang saya maksudkan di sini bukanlah bekas kekasih anda itu tetapi rakan baik anda yang dapat anda kongsikan masalah anda ini. Ceritakan masalah tersebut pada dia dan luahkan segalanya. Ini dapat mengurangkan rasa tertekan dan selain daripada itu, ia dapat memberikan peluang untuk rakan baik anda itu untuk memberikan pendapat dan kata-kata nasihat beliau.

4. Berhibur - Buatlah sesuatu yang dapat menghiburkan hati anda. Menyanyi ke, bermain game ke, tengok wayang dengan rakan-rakan ke, ape ke. Apabila anda berhibur, anda akan berasa gembira dan terlupa sebentar akan masalah anda itu.

5. Tidur - Kalau susah sangat, lebih baik anda tidur. Dalam nangis teresak-esak itu, anda akan berasa penat dan akhir sekali anda akan tertidur. Apabila anda terjaga dari tidur, diri anda akan berasa segar dan pemikiran anda lebih terbuka untuk menerima apa yang telah berlaku. Analoginya adalah sama pada budak kecil yang menangis yang menginginkan sesuatu. Budak kecil itu akan menangis dan menangis dan apabila sudah puas menangis, budak kecil itu akan terlena dengan nyenyaknya. Apabila terjaga dari tidur, dia akan terlupa dan tidak kisah dengan benda yang dia inginkan pada sebelumnya.

‎3 CARA merawat HATI yg LUKA

Posted by atirah mutaza at 6:30 AM 0 comments
Menangis- Menurut kajian, cara luahan hati atau perasaan yang terbaik adalah dengan menangis. Mungkin anda kelihatan sangat teruk untuk beberapa hari mengikut jenis kekecewaan yang anda alami. Teruskan dengan tangisan anda tetapi pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama. Pasti selepas anda sudah puas menangis akan berlaku perubahan yang ketara di dalam kehidupan anda. Anda seharusnya perlu untuk melakukan sesuatu yang mampu untuk membahagiakan daripada meratapi kesedihan yang dialami.

Luahkan perasaan dengan kenalan yang rapat- Suatu kekecewaan yang dialami tidak seharusnya dipendam, sebaiknya ia perlu diluahkan. Luahkan perasaan terhadap orang yang anda percayai. Jangan pendamkan perasaan sehingga ia mampu untuk mempengaruhi anda melakukan tindakan yang tidak sepatutnya. Menurut kajian terhadap mangsa yang pernah cuba untuk membunuh diri, lebih 80% bersetuju bahawa mereka tidak meluahkan perasaan mereka kepada orang lain. Antara alasan mereka adalah kerana tidak mempunyai mana-mana perhubungan yang rapat dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Ia sememangnya satu tindakan yang salah sekiranya anda memendamkan perasaan.

Sibukkan diri- Suatu kesedihan akan terus menjadi teruk sekiranya anda hanya memikirkan mengenai kesedihan itu. Lakukan sesuatu yang mampu untuk mengalih pemikiran anda. Anda juga boleh membuat perancangan untuk masa depan. Adakah anda akan terus menangis untuk jangka masa setahun dari sekarang? pasti tidak bukan. Lebih baik anda memikirkan mengenai perancangan yang sepatutnya dilakukan daripada memikirkan mengenai kesedihan yang telah dialami. Tinggalkan kesedihan yang dialami dan jadikannya sabagai pencetus motivasi untuk anda terus berjaya pada masa akan datang.

Saturday, October 1, 2011

Sunyii !!!

Posted by atirah mutaza at 1:10 PM 0 comments

.hidup aku yang penuh dengan kesunyian. 


 

LUKA LARA HATIKU Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei